Saturday, October 18, 2008

Pada 15/09/2008, majlis perjumpaan bulanan telah diadakan di PKB bertempat di Lecturer Theater. Majlis tersebut telah dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Am (JPA). Antara pengisian yang telah diadakan ialah majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan pertandingan futsal anjuran Kosmo dan Johan tilawah peringkat IPTA dan IPTS. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Tn. Hj Che Ku Mamat Bin Che Ku Abdullah (Pengarah PKB). Pengisian seterusnya adalah ceramah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohamed Bin Ayup, Pensyarah yang dijemput khas dari Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) dan beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Integriti Dalam Pendidikan. Ulasan dan kupasan yang dibuat di dalam ceramahnya amat berkesan di dalam melahirkan pensyarah yang berintegriti dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab terhadap tugas semasa. Selain itu beliau turut menyentuh soal penilaian diri dan amanah dalam kupasan yang lebih mendalam disamping beribadah di dalam bulan Ramadhan. Ceramah tersebut amat berjaya menarik perhatian warga PKB dan memberi kesan yang mendalam di dalam menghadapi masa-masa yang akan datang. Majlis tersebut telah ditamatkan pada 4.30 petang. Ucapan tahniah kepada Jabatan Pengajian Am kerana berjaya mengendalikan majlis dengan amat berjaya sekali.







Pasukan Futsal dari Politeknik Kota Bharu telah menjuarai Kejohanan Futsal Kosmo Varsity 2008 bagi kategori bawah 23 tahun. Kejohanan ini mendapat sambutan dari 500 pasukan dari IPT seluruh Malaysia. Kejohanan ini berlangsung pada 29 dan 30 Ogos 2008 bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Hadiah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled bin Nordin. Syabas kepada pelajar PKB. PKB Boleh !!!.

No comments: